Sunday, October 3, 2010

Likopena merupakan sejenis pigmen karotenoid dan fitokimia berwarna merah cerah yang boleh didapati dalam buah tomato dan buah-buahan merah yang lain seperti tembikai dan limau gedang merah.  Namun begitu, tubuh manusia tidak menghasilkan likopena dan kita perlu memperolehinya daripada pengambilan pemakanan seharian.  Tubuh kita hanya mampu menyerap 0.05mg likopena daripada pengambilan sebiji buah tomato.

Likopena merupakan karotenoid paling biasa di dalam tubuh manusia yang memiliki manfaat antioksidan yang paling tinggi.  Kapasiti antioksidan likopena adalah 3.2kali lebih tinggi berbanding karotena dan 100kali lebih tinggi berbanding vitamin E.  Ia membantu mencegah kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, dan sebagainya.  Pemakanan harian yang terdiri daripada makanan yang kaya dengan likopena dapat mengurangkan risiko kanser, khasnya kanser prostat, diabetes, osteoporosis dan kemandulan lelaki.  Ia juga terbukti dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular.  Likopena juga membantu menguatkan fungsi imun dan memiliki fungsi anti-penuaan.

Likopena melindungi kulit daripada nodaan sinaran UV dan menangguhkan penuaan kulit dengan berkesan.

Beutskin Essence diperkaya  dengan kandungan likopena yang tinggi, membantu mengubah kulit yang kusam dan masalah pempigmenan dengan menyerlahkan keserian dan kecerahan kulit.  Likopena juga menyingkirkan
radikal bebas daripada tubuh kita dengan berkesan dan mencegah kerosakan sel yang diakibatkan oleh radikal bebas, lantas menggalakkan kesihatan yang optimum.


Juga, lawatilah laman ini:

Untuk maklumat lanjut, hubungi sihat.sne@gmail.com atau 018-2588569.